Teori Victory Through Air Power

De Seversky menceburi bidang ketenteraan sejak muda lagi. Setelah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Rusia, beliau menerima darjat kebesaran tinggi dan menjadi jaguh handalan Tentera Laut setelah terlibat dalam lebih 57 pertempuran udara. Setibanya di Amerika Syarikat, beliau mengasaskan syarikat Seversky Aircraft sebelum digulingkan daripada jawatan presiden syarikat sendiri pada tahun 1939.

Seversky menerbitkan Victory Through Air Power pada tahun 1942, yang mana beliau menjelaskan teori-teori penerbangan dan pengeboman jarak jauh di bawah pengaruh Jeneral Billy Mitchell. Seversky berhujah bahawa:

  1. "Peluasan jarak secara deras serta kuasa penerbangan tentera yang hebat memastikan supaya Amerika Syarikat akan terdedah kepada kemusnahan dari udara dalam suatu masa yang dijangka, seperti yang dialami oleh Kepulauan British sekarang;"
  2. Mereka yang menyangkal kemungkinan ini menunjukkan seakan-akan "pemikiran garis Maginot";
  3. AS mesti mulai membuat persediaan serta-merta untuk "sebuah peperangan antara hemisfera yang terus merentasi lautan;"
  4. AS mestilah menjadi bangsa kuasa tentera udara yang dominan, "seperti mana England menjadi bangsa kuasa tentera laut yang dominan di dunia pada kemuncaknya."